Tentang Kami

Siapa kami

MEM GLOBAL VENTURE adalah entiti yang mengendalikan Xpert Retort - Revolusi Dapur, beroperasi dari Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

Kami memiliki pengalaman industri selama 7 tahun dalam bidang retort food technology - teknik pensterilan gred industri untuk menghasilkan produk makanan yang selamat dan tahan lama tanpa bergantung kepada pengawet.

Visi dan misi

Visi dan misi utama Revolusi Dapur adalah membawa teknologi pensterilan gred industri terus ke dapur rumah rakyat Malaysia. Matlamat kami adalah mengubah fungsi dapur daripada satu liabiliti yang menghabiskan wang, masa dan tenaga harian, kepada satu aset produktif atau "kilang mikro" yang berdaya tahan untuk menjana pendapatan keluarga. Falsafah kami: "Ilmu dulu, baru jualan" - kelas berstruktur penuh, tanpa sebarang tekanan jualan peralatan kepada peserta.

Pasukan penggerak kami

Mohd Erwan Bin Mokhtar - Pengurus. MBA (Unitar), 20+ tahun pengalaman pengurusan korporat, membawa tadbir urus piawaian tinggi (MOF, AP Import, Halal).

 

Mohd Johari Bin Yasin - Pembangunan Latihan. Melatih 4,000+ usahawan, rakan pelaksana dipercayai untuk agensi utama seperti FELDA, LKIM, MARA, MADA dan KBS.

 

Muhammad Syafiq Fitree - Pemasaran Strategik. Mengurus kempen berskala kebangsaan (Strategi Kandungan FELDA 2024), menjana 58 juta tontonan digital tahunan, pakar komunikasi digital.

 

Kami sudah berada di bilik mesyuarat kerajaan, dewan kuliah, dan dapur rakyat biasa secara serentak.

Kerjasama rasmi & kredibiliti

  • Letter of Intent (LOI) rasmi - kerjasama strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (Fakulti Sains & Teknologi) untuk Program Latihan Revolusi Dapur
  • Kelas fizikal di HQ Bangi disertakan dengan Sijil Pengesahan Kelas Revolusi Dapur UKM - hanya sah untuk peserta yang hadir secara fizikal
  • 4,000+ usahawan dilatih merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak 2019
  • Syarikat berstatus vendor MOF dan pemegang persijilan Halal